BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.. Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera Fafa Afiera

Saturday, April 30, 2011

Saya Online harini :)

Wahh seriously lama gila tak online lah. Dekat 3minggu tak online tau! Tp takdalah jadi gila, coz sekarang online ke tak sama je, coz dpt online weekend je, sebab weekdays sangat lah busy! Busy dgn extra class, dengan kawad. Smpai hitam muka saya tau awak :( *Sedih ni, pujuk cepat! Hikhik :) Act kn, I nk ckp yg i terharu sgt sebab ramai gila babiak lah wey wish BIRTHDAY saya, orang first sekali masatu. Mestilah baby saya FAZLI ZULFAKAR . Ingat dia lupa kn, but tak. Hee :) And bukak je facebook semalam. Wooww! Gila banyak, Frend request 6++ , inbox 1++ notifiqation, 99 je. Heeee, but terharu gila! Thanks yeahhh! Lufchuuuuuu! Muahhhhhh :DD , but yg geramnya, gelaran ANAK ABU tu still dorang panggil ! Hish, mana dapat nama tu? Haha Act dulu, sehari sebelum raya, kitaorang cousin ni poie lah mandi BAT HAMPAQ dekat taiping nuhh, then mandi mandi aku lemas, Hhaha bayangkan lah, gila kau. Esok nk raya boleh lemas, buat aku mati. Nasib lah ada hero malaya selamatkan I, aww aww Hhehee. Balik tu memang kena kaw kaw punya ah kn, sampai lah lekat nama ANAK ABU. WTH? -.-' Tak caya? Tengok ni.

   Kan? Dh cakap td. Huhhh. Geramnya, tp takpa, Thanks coz wish, and siapa yg bagi hadiah tu! Hee, dpat baju,keychain,rantai and bear. Hehehe suka suka :) Lufchuuuuuu.

Friday, April 8, 2011

IM SORRY :(

Tengku Mastura. Akk minta maaf sangat coz marah kau dalam kawad tadi. Akk tak sengaja,akk mmg mcmni dlm kawad serius. Tak tahu pula boleh jd smpai mcm ni sekali. Ya allah, sorry sgt. Rasa bersalah sgt. Semua orang dh ckp akk punca Mas kena benda tu. Gosh. Sorry sgt. :( Tp bila akk tanya tanya, kau ckp tak marah akk pun, but ORANG LAIN. Huhh siapa? Duhh patut ah tak sedap hati. Minta maaf sgt, menyesal marah. Koperal ariff pun salahkan akk. Humph, akk just nk yg terbaik dri kita. Next week dh pertandingan. Sorry sgt, kesian gila tengok Mas tadi. Sorry sangat. Hope cepat sembuh. AMIN :( Jgn marah akk lagi ye? SORRY!






Tuesday, April 5, 2011

Kisah Hari Selasa

Nahhh. Pagi td keterlewatan juga mcm semalam. Hihih. Berat sungguh mata nk buka pagi td -.-' Around 7.00 o'clock , dengar ibu jerit "ADIKKKK"! Bangun! Den dgr je suara ibu, copek copek bangun *Bajet dh lama bangun. Hihihi. Sampai je sekolah, dlm pukul 7.30 mcmtu sampai *Sekolah atuk saya kn. Sukahati je nk dtg pukul berapa. Kesah ke? :) Itulah di namakan Pelajar Contoh . Hikhik. Humph, seperti yg aku jangkakan, dorang tegur mata aku bengkak. Huuu~ Tapi pura pura buat tak tahu, maybe sebab semalam kot. Humph, but dah okay pun sekarang! Cuma masa dalam class aku tidur je,even exam. Nk buat mcm mana , kalau nagis mmg tabiat aku MELANTAK dan BERDENGKUR jelah. *Itulah Fatin 'Candidates SPM' this year. Hii. Harini exam English, Ekonomi dengan Agama*saya ambik aliran bawah je. Tak pandai sgt, hohooi. Alhamdulilah, dpt buat. Cuma Ekonomi tu je, berserah pada takdir je. Coz jawapan aku terbalik,entah mcm mana boleh pun tak tahu lah. Cuai sgt kau ni! And blablabla, lepas tu terjumpa pah*Ketua plantun aku. Dia kata ada kawad harini! Gosh. Tak sanggup mak nyahh! Mcm biasa, Ponteng lagi. :) Sampai lah sekrang, coz continue baca novel. Aww. Novel tu ambik masa 2 hari untuk habis.*Terer tak? Terer kn? Hehehee. Sedih sangat, ending dia. Walaweyy, sangat best. Kalau aku dpt jd mcmtu kn best? Dpt suami yg terlalu sayangkan isteri dia.*Merepek apo den ni. Hahaa! School laie ekau tu :) GTAL!

Monday, April 4, 2011

SINGLE ? :(

Humph. Sekarang. Im totally single. Humph. Apa yg aku fikirkan sekarang,semuanya bercelaru. Bengkak dh mata ni. Dah lama tahan air mata ni, akhirnya jatuh juga. Apa aku dh buat? Ya Allah, sedihnya. Rindu sgt nk dia yg dulu taknak yg sekarang. But apakan daya, our relationship pun sekrang dh semakin dingin. Tuhan jelah yg tahu mcm mana. Perasaan tak dpt di gambarkan mcm mana. Humph. Hari2 tempuh tanpa DIA? Gosh. :(

Sunday, April 3, 2011

Alone

Okay. Hii followers :) Sekarang around 12.32 a.m. And I still tak tidur, sebab baca novel. Hikhik. novel "Rindu tercipta" shooooooo romantic kot novel ni, Bak kata orang lah kan. Dh mcm org gila aku ni, Haha. Kejap gelak, kejap masam.*Padahal baca novel je pun. Tu lah, bila dh baca novel ni semua tolak tepi. Hihihi. Sedangkan esok exam ni. Humph. Esok exam? Exam ke? Yeke exam? *Tertanya tanya,* YELAH exam! Hish! Tu lah. baca yg tak sepatutnya. *Tp okaylah baca juga buku. Dr tak baca lagsung kn? Hehehehe. Okay lah. Nk study pulak. Besok exam, math, bm dengan sejarah. Wish me luck guys! Goodnight! :)

Saturday, April 2, 2011

HAHAHAHA! PHT1 kejam gila. BHAHAH :)

Hhahahahahahah! Ni last day yad kerja dekat Pizza Hut , Hahahah sumpah kelakar gila. *Bahan bahan air tu #Clorox,Mirinda Orange,7up,Air washing yg sehari simpan :) Damn cool kn? Hhahaha! Color dia buat aku nk muntah. *Mmg dh termuntah. Sorry coz kabut sikit video ni, Hhahahhaahha! Miss them :(

Kaww kaww punya kena!

 
Okay. Hhahahahahha! Nak menangis pun ada tengok balik video nih. Last kerja dekat Pizza Hut Terminal 1, Damn. Busuk gila babi air yg dorg simpan tu! HAHHAHAHAHAHAHAAH! --' Yg tale bla Ms aten boleh lg cakap "Asal tak ajak!" Hhahaahha! Kira ok lah tu, Nasib Ms epy, abg Daus semua takda. Kalau tak mampos aku kena. Ni pun dh cukup busuk :) Thanks Sir! Muahmuah! Hhaahaha.

Pffffttttt Penat do

Hey Hoi Hai followers! :) Okay baru sahaja balik ni. Penat, letih, mengantuk semua adalah kan. Hikhikk :) Hari ni, pukul 11 , dah otw pergi library dengan nana :) Pergi awal coz takut tempat takda lah! Then , sampai je. Deena dah cop kan tempat kitaorang *Puas cover rambut aku dgn cap ni. Hihihihi. Then lepak sat sambil tunggu si KEMBAR datang, After half an hour tu,barulah dorang sampai. I mean si KEMBAR , Wanie , Wan Pizza , and Kecik pizza ! Damn, rindu gila doh kt diorang, last jumpa kecik, last year lah kot, masa dia last day kerja kt Pizza tu. Woahhh. But still kecik dari dulu. *Okay start study sampai pukul 3.30 mcmtu. Dalam beberapa jam tu, mcm mcm karenah aku. Hhihihi. Around 3.30 , kitaorang keluar. Coz lapor sgt nok! Pastu, tetiba pula, abg ajrul hensem tu call Fafa , kata nak jumpa. Damn. Malu gila kot nk jumpa dengan rmbut mcmni, confirm kena bahan habis lah kn! *Beranikan diri juga pergi Pizza Hut Terminal 1, just pekakkan telinga je okay Fafa! Chill. Hhaha :D Sampai je, alhamdulilah, tak ramai orang sgt. Ms epy laha pun takda! Yeah! Abg ajrul dah senyum je tgk aku,tersipu sipu cover comel. Wahahaha! Sekali Sir kerul dtg, bukak cap aku daaaa. Malunya lah hai. But dorg kata, COMEL! hihihii. Rindu sgt nak print docket balik! Card Pizza aku, still ada. And nama card pun still FATIN :) hee, terharu pulak rasa, even dah tak kerja. Card tu tak tukar pun. Hohhohoii. Lepas borak sana borak sini, Puaka sana Puaka sini, Aku pun ingat nk berambus lah, elok je nk bla dari situ, aku nmpak Ms epy, tengah otw dtg kt kitaorg, smbil senyum Then kata "Kato taknak keluar 6bulan" Pastu gelak besar Hhahahhahaaha. Jhat do dia. Sebab tu aku bersyukur tak jumpa dia, alih alih dia balik cepat pula. Hish --' Mmg kenalah. Haha, Duh, rindu sgt lah dekat dorg :( Fafa tahu, korang pun rindu PUAKA kn? kn? kn? Hehehehhehe. Nampak suram je Pizza sekarang, td aku datang bising lah sikit. Hihihihi. :) Mcm biasalah kn, Huhhh. Rindu sgt kt staff Pizza Hut Terminal 1 :)



Friday, April 1, 2011

Morning yaw!

Morning awak awak awak dan awak! :) Nahhh awalnya si Fafa ni bangun harini kan? Hihihi. Rajin pulak weekend ni bangun awal. Bhahar. Bukan sebabt apa , sebab dah janji dengan kawan, nk pergi study. Hiihi :) Baik lah awak ni Fafa! *Puji diri sendri .Haha, mcm mana dengan rambut Fafa yg kena kuarintin tu? Hahaha! Terpaksa lah pakai full cap untuk MENGCOVER rambut yg agak hodoh ni. Study punya pasal, apa pun boleh lah. Kn kn kn kn? Okay lah, gtg nak mandi then siap siap! Hihi. Byet!


                          *Hm,im still miss him. :( ,awakk, saya nk cakap saya ILUFCHUU awak :(

20 Sifat Lelaki Yang Wanita Tidak Suka

Hey followers! Sejak kebelakangan ni , selalu terbaca post post, yg berkaitan dengan PUTUS CINTA, BERGADUH, and macam macam lagi. So, di sebabkan tu, I nk kongsi sikit 20 SIFAT LELAKI YANG WANITA TAK SUKA, khas untuk LELAKI je! So, guys. Baca lah okay kalau nk tahu apa yang gadis gadis tak suka :) Renung renung kan .


*Meninggikan suara
Tahu lah korang dikurniakan suara yang agak "MACHO"  But, janganlah korang meninggikan suara just nk tunjuk EGO korang , tak okay juga kn? Tu lah, kelemahan lelaki, cepat tinggikan suara kepada pasangan sendri , even pasangan korang tak bersalah.
*Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu? 
*CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
*PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!! 
*KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
 *EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
*MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
*MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
*SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
*PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
*MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
*KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
*MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
*KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
*PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
*GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
*PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
*TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
*PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
*SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


*So harap dengan tips ni, korang punya RELATIONSHIP akan menjadi lagi elok. :) So LELAKI, Renung renungkan! Hihihihi. 


You make my soul HURT :(

 
Hm,Kenapa kau tak penah nak faham perasaan aku?Kenapa kau selalu buat aku mcm ni?
Please, stop it baby, please jangan buat aku mcm ni. Mcm tunggul kayu. Ye, sekarang aku try berubah demi kau, demi relationship kita. Kau busy, aku tak kacau kau. But kenapa bila aku buat mcmni, kau makin menjadi jadi? :( Hm, entahlah. Tak tahu nk luahkn kat siapa lg. please lah faham aku. Aku just nk kn perhatian,takkan itu pun kau tak tahu? Aku dah penat tunggu kau, Hm entahlah. Sampai bila lg aku boleh bertahan, kau dah berubah doh. Serius kau dah berubah tak macam dulu. Kalau kau rasa aku dah tak penting, just leave me. LEAVE ME! Dont make me hurt. :( Please Im beg you. Aku dah penat dgn hidup mcmni. Macam tak ada boyfriend. Hm entahlah. Btw, TQ so much Muhd Fazli Zulfakar.


*Thanks coz hurt me :(
                                                    

Goodbyet March And Hello April ! xD

 
Hello followers! Hihih. Dah masuk bulan APRIL pun, lama tunggu nih. Hhaha! Lg bape hari je lagi ni, nka kutip hadiah! Yeahhh! Suka suka. Hhahaa :) Harini, kinda bored. Coz tak pergi school. Tak sihat sgt, *Period pain suck. So tak dpt main APRIL FOOL lol! xD Duduk rumah dan baring je. 
Hope this month semuanya okay. Mcm mcm aktiviti this month punya. Mcm next week, dah exam UB2 , err -.-' , then 14 or 15 kawad kaki daerah seremban. So, wish me luck ogeh! :) Chaiyok chaiyok . Hihih.
Hope semuanya berjalan dengan lancar. AMIN :)


Be my baby yeah :)